singapore trip with babes
Assalamualaikum semua, haiii qis terajin harini nak update blog pasal trip singapore satu hari itu hari. walaupun dikira tahun lepas punya sbb kita dah pun masuk tahun baru 😂 tapi still nak cerita jugakkk.
okay first booked ticket USS, since kami ke singapore asalnya hanya nk main uss. okay ada dua pilihan untuk beli ticket ni,
1: online
2: beli on the spot
online ni kadang ada kelebihan tauuu, sebab kadang diorg buat promo. kami dapat harga $65 instead beli dekat sana $90. jadi korang buatlah pilihan yang bijak 😊 boleh check website asiatravel untuk dapatkan promo tuuu.
second, korang boleh decide nak pergi singapore by bus or flight. kami pemalas plus ada kerja banyak nak settle before bertolak jadi kami pilih naik flight. booked ticket ikut tarikh ticket uss korang, kami naik air asia tak promo masa tu jadi harga sorang rm65 korang boleh dapat lagi murah kalau korang plan awal. kitaorg dah sendu nk cirit baru cari lubang 😂 itu yg dapat mahal tu. kami ambik flight paling awal, 6:05 pagi jadi kami gerak dari rumah pkul 2.30 pagi sampai kl sentral ambik bas pukul 3.00 pagi. sampai klia2 pukul 4 pagi. beli sarapan jalan cari tempat duduk makan breakfast dulu. 5.20 am check in 😊😊
sangat dinasihatkan kalau nak buat atau tiru trip ni sila dapatkan ticket paling awal!
okay belanja satu gambar before naik flight maklumlahh ada yang baru first time naik kapal terbang, kita layan aje. mesti korang tertanya-tanya kenapa babes? sebenarnya itu huruf awal nama kitaorg hahahahhaha, baby ayu balqis ekin that 's' sebenarnya menunjukkan yang kami lebih dari satu walaupun hati kami melekat taknak lepaihh 😬😬😀😀
ni hah saja belanja gambar matahari, uisshh flight kalini sangatlah menakutkan. Ya Allah sebelum nampak matahari tu, keadaan cuaca sangat teruk petir menyambar kuat, banyak kali jugak nampak petir sambar sayap tuu oii. dgn keadaan huru hara tu, kapal terbang mcm rasa terhuyung hayang naik turun, mcm roller coster! sangat teruk, ada satu part tu punggung kitaorg rasa tak lekat dekat kerusi. masa tu fikir jangan terhempas je, ya Allah mulut tak berhenti zikir, yg baru first time naik dah tak senang duduk. perasaan fikiran dah melayang macam- macam tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik aja. okay kita move on skrg ✌🏻️
okay ni dah mendarat 😂 pukul 7.05am bila keluar je dari kastam tu, dah checklah apa patut hah terus ke kiri cari escalator ke T3 skytrain. naik je free turun dari train tuu jalan kedepan sikit akan nampak escalator belah kanan turun ke bawah turun lagi ke bawah sebab ada 2 escalator! sangat tinggi okay mencuram tangga bergerak ni, bila dah sampai bawah akan nampak stesen ke tanah merah. okay bila dah turun ambik belah kiri jalan depan sikit akan nampak kaunter org beratur, beli ticket one day pass, harga $20 tambah deposit $10 so total $30. pass ni sangat berguna untuk trip satu hari ni dan sangat-sangat jimat! dah beli boleh pilih train belah kanan.
gambar kaunter tak ambik 😂 ambik gambar diri je. betul2 depan ni ada counter ticket kalau tak jumpa tanya jangan maluuu.
okay bila dah naik train *pastikan line hijau yang line hijau jangan salah. silalah cari tempat duduk sebab kita akan kepenatan berdiri 13 stesen bukan calang-calang dengan berebut rakyat singapore yang berpusu nak ke pejabat. mohon kuatkan jiwa hahahhaha sebab kami pergi weekdays 😭. okay bila dia cakap outram park! sila turun dan tukar ke line unggu ke harbour front. bila dah turun train cari vivo city(sentosaisland) cari escalator naik ke tingkat 3. okay dekat sini kena beli ticket ke sentosa island, harga $4 tahun 2013 $3 je dah naik pulak. okay train ni akan bawak korang ke sentosa island. sekejap je tak jauh, tapi banyak jugk option selain train. naik bas atau jalan kaki, alahh kitaorg dah penat berhimpit dalam train tadi tak mampu dah nak berjalan hahahaha. bila dah sampai sentosa island turun korang jalan sikit hahh terpampang globe Universal Studio Singapore,
kalau korang beli ticket uss online, mohonlahh jangan sibuk bergambar dulu. cari escalator dari globe ni belah kiri, turun bawah tempat parking bus cari stall kecik nak redeem ticket uss dulu takut ramai lepastu chapp cuss naik bergambar sakan depan globe tuu then terus beratur dekat pintu masuk. pukul 10pagi gate bukak dah macam lembuuu keluar kandang moment dekat sini tapi kitaorang relaks-relaks je pegang map acah traveller 😂
rezeki kitaorg masuk-masuk je terus beratur bergambar dengan benda ni. iols tak kenal tapi rasanya yang ada dalam cerita kartun hotel trans apa tahh,
dalam uss ni ada banyak tema dalam 5 kot antaranya hollywood, egypt, far far away. kawasan hollywood street ni ada banyak benda jugak, game tak banyak tapi akan ada banyak elmo hidup artis hollywood yang ada dalam cerita cerita tu dekat sini, bukan yang real pelakon lahhh. kalau rezeki korang akan jumpa charlie chaplin, marilyn monroe, elmo, minions, mr bean, fiona dan mcm-mcm lagi. kawasan sini boleh ulang-ulang so baik bergerak ke kawasan transformer duluu sebelum ramai
sebelum korang nampak transformer korang akan nampak nii dulu! besar-besar dia duduk tengah. maafkan saya gambar transformer ride tak ambik 😭 sebab dah excited nak naik lupa semua benda. transformer ride ni dia macam 4D tau, mmg syok tak takut manalahhh cuma effect 4D dia best gilaaaa! kitaorang ulang 3 kali 😊😊
kitaorang bergerak ke roller coster yg besar nii, satu dipanggil human ride satu lagi lupa nama. dia berbeza satu biru satu merah, mohon kuatkan kaki beratur ya sebab satu ride 30 minit nak tggu bajet masa betul-betul sebab ni trip 1 hari je. qis tak naik hahahaha takut muntah atas ride tu kang lol ekin dengan baby je naik benda ni, ayu atas faktor kesihatan tak digalakkan naik.
okay move to egypt area, sini korang akan nampak satu kawasan betul macam dekat arab nuuu nampak pak guard firaun. dalam ni ada ride best gilaaa tapi kitaorang naik sekali je sebab masa mencemburui kami. korang naik sekali mesti nak lagi, korang naik dalam keadaan gelap dan sejuk jaga-jaga banyak benda terkejut-terkejut jadi dalam ni hahahhahhaha, yang ni semua naik tiada kecuali.
ada game untuk budak-budak naik kapal pusing-pusing atas air, mostly game budak-budak kitaorg tak main sbb kekangan masa jadi terus ke puss and boot ride baru dekat zone Far Far Away. eh ride paling baru tapi adoii boleh gak tercabut jantung, sebelum ke zone ni, kitaorg singgah zone dinasour tak banyak game yang kitaorg boleh naik so kami skip beberapa ride. lepas main push and boot tu kitaorg masuk 4D shrek movie, dlm ni tak boleh buat video lagipun kitaorg semua tertidur sambil tengok movie dia walaupun kerusi bergegar mcm nk tercabut hahahahaha. penat lapar panas tak cukup tidur semua tiptopp 👌🏻
last kami singgah kawasan baru memang tempat ni kalau dekat malaysia ada mmg penuh budak hipster ambik gambor kami pun jadilah berangan sekejap
kami dah kebulur, terus ke gerai-gerai comel dalam uss ni cari makan. kami dapat voucher makan $5 so korang bolehlah pilih makan. kalau lebih dari $5 korang tambah je duit sikit,
nasi $7 air $5 hahahhh total $12 dekat malaysia dah boleh makan kfc dinner plate 3 kotak hahahahha
disebabkan takde benda yang nak dibeli, end up kitaorang mmg sukakan minions jdi belilaahh botol harga $35 ni dengan tali $10 plus passport holder $15 tolak shopping voucher $5 hahh jinjing minion sampai rumah oii gigih.
jadi kami lepas dah puas main dalam ni, jam dah pukul 3 petang. jadi kami bergerak keluar dari uss, terus ke harbour front. tukar train ke city hall, nak pergi tengok singa keluar air tulahh dengan marina bay. hotel paling tip topp tuu hah jauh jugk berjalan oii.
depan sikit dari tempat kitaorg bergambar nii lah tempat singa keluar ayaq tuuu tapi aduhaii singa taknak nangis dalam maintanance pulakk, punyalah ramai tourist dekat sini perghh macam bauu. dah penat duduk berjalan kehulur hilir, jam pun dah pukul 5 kami bergerak ke bugis street konon nak pulangkan train and dapatkan deposit balik lepastu nak jalan2 lah last sekali kami dah penat berjalan decide nak balik malaysia terus.
masa ni macam-macam jadi, salah train itu ini. hahh kami naik train ke woodland berdiri 20 stesen dengan ramai org, ya Allah seksa betul, beli ticket beratur punyalah panjang masyaAllah tuhan saja yang tahu. ramainya orang dari singapore nak balik jb, dengan bas lambat. bersesak panas semualah. kami sampai lepas CIQ singapore yang jammed dengan manusia bas pun jammed. paling sesak CIQ singapore, malaysia punya relaks je tak kalut aduhai. sampai di terminal larkin kami makan tukar baju ambik bas terus jalan, naik 10.30pm tidur.
banyak tempat kitaorg tak sempat pergi sebab memasing dah lemau tak cukup tidur but mmg worth it sebab puas, apa sangat yang ada dalam singapore sebab benda sama je. tapi ni cadanganlah ya, kalau nak berjalan singapore jalan pergi uss sebab korang takkan sempat. kecuali pergi 3 hari hahhh memang perghh lah.
antara tempat yang korang kena pergi bugis street, little india, esplanade, city hall, china town, arab st.
okay done untuk trip yang carca marba nii, insyaAllah ada rezeki ke tempat lain pulak. mohon maaf anda ada yang tersilap terkasar cara tulisannya.
















Comments
Post a Comment