Surprise Birthday Party idaman
Hi uols, Assalamualaikum
Agak-agak dah berapa bulan tak update new entry dekat sini? emm maybe 1 month, maybe 2 months or maybe 4 months straight? too sad doesnt have any interesting story to share π
dengan kehidupan sekarang setelah terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti belajar di melaka dan sekarang duduk kerja membuta tunggu panggilan intake yang entah bila tiba. kadang hidup kita tak sama dgn orang lain, hidup kita dikawal oleh takdir yang berbeza jadi kita kena teruskan hidup walau terkandasdi tengah jalan. Dan selamanya hidup tak akan indah π
So kita jangan pernah compare hidup kita dengan org lain kerana kehidupan org lain dengan kita kadang jaraknya 10 batu jauh dgn kehidupan kita yang entah apa-apa ni. hah okay sekarang dah lari tajuk uhukkk
sekarang nak cerita pasal
Surprise Birthday Party Idaman
mentanglah birthday lagi 2 hari je sekarang dah sibuk-sibuk cerita pasal birthday party hahahaha alaaaaa kita cuma nak cerita sebab selama kita hidup 18tahun 11bulan 28hari ni tak pernah merasa surprise birthday party yang betul-betul surprise punya yang dirancang family atau kawan-kawan. Qis tak ada lagi kawan yang willing to spend her/his money on me, masih tak jumpa π and im the one that always be and Too bad π sedih hidup, boleh je kalau nk buat surprise untuk diri sendiri tapi nanti orang panggil PATHETIC pulak ππ
Kadang maksud surprise itu berbeza dari setiap pandangan manusia
Bersyukurlah, orang tersayang yang walaupun datang dgn tangan kosong tapi dia tarik dan peluk kau sambil ucap "Happy Birthday" dekat telinga kau, walaupun mak ayah kau tunggu kau tidur baru diaorang masuk bilik kau dan kucup dahi kau sambil cakap "Selamat hari lahir sayang", walaupun kawan kau datang dengan sepotong kek dan menjerit "Happy birthday geng!!" depan pintu masa kau bukak pintu rumah, walaupun kakak abang kau buat-buat lupa birthday kau tapi lepas dia penat balik kerja still berhenti klcc ke apa belikan hadiah untuk kau dan letak depan kau bila diaorang sampai rumah, walaupun diaorang kadang hanya ucap "selamat hari lahir adik, semoga jadi anak yg soleh/solehah dan jadi adik yg baik". Tak semua dapat rasa apa yang korang pernah rasa dan dari situ korang perlu bersyukur sangat-sangat sebab ada yg tak pernah sempat nak sambut birthday bersama pun.
Eh alaaaa dah terlebih pulak ke cerita sedih hehehe ππππ so bawah ni antara idea yang paling qis suka simple dan tak perlu banyak duit untuk sediakan ππππ
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Cantik kan? simple, barang senang cari, cepat ππ tapi qis paling suka yang dekat taman tu perghhh cantik π
Apa-apa pun bersyukur seadanya dengan apa yang pernah jadi dan bakal jadi dalam hidup kita. Hidup tak selamanya indah dan tak selamanya merana. Sabar itu kuncinya ππ
Happy birthday to me in advance ππ
I am







Comments
Post a Comment