surat Cinta buat 6 gadis PowerRangers
Assalamualaikum kesayangan,
Hmm tak tahu nak mulakan perkhabaran ini, dan janji dgn qis korang jangan sedih lepas baca apa yang qis nak tulis dan mohon jangan benci qis lepas ni 😔
Sungguh bukan niat qis nak tipu taknak bagitahu atau mungkin berahsia tapi disebabkan untuk tidak mengganggu korang dgn berita yang tak berapa menarik ini.
Semester depan qis pindah.
Mohon jangan maki qis jangan benci qis 😢 korang tahu kan korang antara yang terpenting dalam hidup qis? korang kawan yang menemani qis waktu susah dan senang masa dekat melaka and i wont forget each of you.
Nurul Naemah joget
Hi ema sorry sebab tipu ema malam bbq tuu, sorry juga sbb buat ema nangis malam tu dan qis masih juga menipu. qis rasa bersalah sbb buat ema nangis pasal qis yang tak punya apa-apa ni, thanks untuk semua benda yang ema buat untuk qis, halalkan minyak kereta yg terpakai, duit makan yang terlupa nk bayar, masa menemani qis beli brg rumah, and thanks for everything syg. Moga terus berjaya dan bahagia, semoga panjang jodoh dgn berg and please jemput me bila korang naik pelamin nanti 😊 doakan qis berjaya dekat sini. sayang ema jejoget 😘
Dear Nabila Johan
Hi billa, hmm aku rasa kau orang pertama yang tahu pasal ni and i hope kau juga faham keadaan aku mcm mana. bukan niat aku nak menipu but you know me right? iols tak suka susahkan hati sesiapa, hmm Billa semoga berjaya billa walau aku tak ada dekat dgn kau nk dgr luahan hati kau. Billa jagakan diaorg untuk aku ya, tengokkan diaorg marah diaorg kalau diaorg buat salah sbb aku dah tak ada untuk buat semua tuu. Billaaa janji dgn aku kau akan belajar elok-elok sem depan dan dapatkan dekan please kurangkan tengok drama. nanti cuti sem tengoklah puas-puas. mohon solat jangan tinggal, jaga diri sayang 😘. ingat yaa kalau keluar poli nnti tak ada kerja mari dtg kerja dgn aku 😁😀 Hahaha bye billa tonggek
Najiha Rosli Quack Quack
Hi my dear Queen Gedik, mohon bersabar dgn segala panggilan yang ku beri hhahahh, qis cuma nak mintak maaf sbb qis tahu qis bnyk buat jea sakit hati dgn apa yang qis ckp and sorry syg sbb tersengaja menipu 😔 Ingat ya syg bercinta tolak tepi dulu skrg belajar je tauu qis taknak tgk jea sedih-sedih sbb hanya seorg lelaki yg tak pandai menghargai, jea tahukan qis takkan membebel kalau benda tu betul? hmm semoga berjaya dalam hidup, business success selalu and tolong belajar okay jgn bnyk main phone! 😡 hahh paham dak hang nii? hahaha jgn dok menggeletis je tau 😆
Syazreen aka Kekreen baymax
Dear kekreen syg, walau kita macam pokok kelapa dan pokok pisang tapi qis tahu hati kekreen baik. tak pernah marah qis tak pernah amek hati tapi qis tetap nk mintak maaf kalau qis ada salah silap dkat kekreen. sorry tak bagitahu kekreen awal-awal pasal qis pindah, qis tak tahu macam mana nk terangkan 😢 Thankyou untuk setiap ilmu yg kekreen kongsi waktu qis bengong tak faham 😃
Kekreen teruskan 3.2 keatas ya, jgn sesekali kurangkan ya kekreen. make me proud of you kakak syg, and semoga abg jaga kekreen dgn baik, dia buat kekreen je kekreen terus bagitahu qis biar qis pelangkung kepala dia HAHAHAHAHA. Tak apa hanya kita kita je tahu opppsss muaaah syg kekreen 😘 stay cute and healthy kekreen,
Nadzirah Kembong
Hi nad kembong, mohon jangan marah marah lagi mohon senyum selalu dan mohon jangan semakin kembong 😅 hmm sorrylah kalau selama ni kita dua macam anjing dgn kucing macam kerbau dgn kain merah macam lipas dan nabila kalau berjumpa. Halalkan segala ilmu yang kau pinjam kan dkat aku tauu, terima kasih sbb ajar aku bersabar dgn perangai gila kau hahahahaha tapi nad jgn rindu aku tauu nanti sbb aku dah tak ada dgn kau nk gaduh gaduh 😭😢 jaga diri, jgn asyik tenung phone je jangan asyik tidur je banyakkan baca buku okay. Ada masa facetime lah, kalau tak busy 😂 Sorry once again and thanks for everything 😳
Rabiatul Adawiyah
Hi atul, kitty tak tahu nk cakap apa lagi. sorry sebab selama ni sibuk-sibuk masuk campur hal atul dgn arel. Sorry jugak sbb qis bukan kawan fav atul, bukan powerrangers fav atul, sorry sbb qis ada terguriskan hati atul sampai atul menangis atas sejadah sampai atul tak bercakap dgn qis. Dear syg, mohon belajar sungguh-sungguh jgn lalai. jangan duduk sorang-sorang jgn asyik pendam perasaan. Sorrylah kalau qis bnyk ckp walaupun sedar org tak suka qis buat mcm tu. sorry once again and lepas ni qis dah tak ada nak jaga atul lagi walau atul tak suka qis buat mcm tu 😢 terima kasih sbb ada sama-sama selama satu sem ni. qis cuba nk rapat dgn atul tapi atul macam tak suka qis jadi qis jauhkan diri, maaf syg tak apa qis tk kesah. mungkin setakat ini je perhubungan kawan itu, semoga berjaya syg, semoga terus kekal tabah. Take care.
Korang sedar tak satu perkara?
Yang PowerRanggers cuma ada 6 dan takkan ada 7 jadi qis dengan sendirinya memohon diri berlalu agar 6 powerranggers kekal bersatu. Dan maaflah tak dapat nak celebrate birthday nad atul billa 😢
Halalkan segalanya ya sayang, maafkan qis dari hujung rambut sampai hujung kaki, doakan qis berjaya dunia dan akhirat, qis dekat sini takkan pernah lupa korang. Kalau rindu qis korang tahu apa nak buat kan? kalau lost contact dgn qis korang tahu mana nak cari qis kan?
Terima kasih sebab hadir dalam hidup qis dan hiburkan hari-hari qis yang kelam dan suram ini, Semoga korang bahagia dan selamat dalam lindungan-Nya, Aamin 😀😀
Raya jemput dtg rumah 😄😄
Semoga kita berjumpa lagi 🙋🏻🙋🏻🙋🏻
Lots Of Love
Siti Balqis Mat Ripin

Comments
Post a Comment