Lelaki idaman setiap wanita

       Well, title over berangan macam dah jumpa si jejaka idaman. Padahal, aku sendiri malas nak cari malas nk ada relationship sebab aku tahu lecehnya hidup dengan adanya hubungan tidak halal. 

     Moto hidup sekarang, 'Tak Payah Bercinta Terus Kahwin' klise gituu Hahahaha

So, semua orang tak kira lelaki atau perempuan mesti punya sikit idaman untuk ciri-ciri bakal suri hati kan. Since dah mula nak gedik-gedik cari mood nak study moh ler kita cerita sikit ciri lelaki idaman hati, entah wujud entah tidak dalam bumi Allah ni

First think that my future husband should have 

1. Tak tinggal solat Jumaat, 
ini kerana jika solat yang sekali dalam seminggu tidak dijaga apatah lagi yang wajib 5kali sehari

2. Lelaki yang pandai masak ๐Ÿ˜
Jarang jumpa lelaki pandai masak, ini bukan sbb saya jadi perempuan tak reti masak tapi untuk kesenangan masa berpantang atau sakit *cih klise belum kahwin oiii

3. Lelaki pandai main alat muzik
Boleh dikatakan semua perempuan akan minat pada lelaki yg pandai main gitar, bagi mereka (kaum perempuan) lelaki pandai gitar ni sweet sbb lelaki akan pujuk or propose or emm dgn menyanyi dan memetik gitar but for me ni dah biasa jumpa. Aku punya lain sikit ๐Ÿ˜น i suka yg pandai main piano lagi sweet hahahaha

4. Lelaki yg boleh talk in many language such as spanish, arabic 
Ini lagi sweet, sbb dalam dunia punya lebih dari 30 bahasa bila lelaki idaman tu mencurahkan rasa cinta menggunakan mcm-mcm bahasa dunia ohhh indahnya dunia. *gatai naaa hampa

5. Lelaki fasih baca AlQuran dan azan dgn merdunya
Sebab setiap malam saya sudah terbiasa tidur didendangkan alunan surah-surah Al Quran oleh mak saya, jadi awakkan nak jadi imam saya. Hi ๐Ÿ™‹๐Ÿป

6. Lelaki yg melayani ibunya dgn baik dan mengutamakan ibu lebih dari segalanya
Sebab kita hanya ada emak itu satu, dan syurga buat anak itu berada di bawah telapak kaki ibu dan untuk mendapat keredhaan Allah SWT perlunya kita mendapat keredhaan ibu dan bapa kita. Because i dont have mom anymore, i wish my future mother in law will be a nice person, caring and sporting like my arwah mak. How i missed her ๐Ÿ˜ญ

7. Tidak perlu terlalu handsome sekadar sedap dipandang mata sendiri
Cari yang handsome hidup tak senang, timbul gusar dlm hati ingat orang nk ngorat laki kita, cihh gila punya perasaan gahahaha 
berkulit sawo matang punya mata hambar yg redup punya kening lebat terbentuk punya hidung tinggi terletak punya hati yg baik tapi sedikit nakal dan yang penting tinggi 175 keatas sbb aku dah tinggi *Handsomenya awakkk

8. Rajin kerja dan cari rezeki
Malaysia semakin membangun dan memerlukan kegunaaan duit yg banyak, since nnti i kahwin tahun 2020 jadi perlu punya lelaki yg rajin cari rezeki untuk sara hidup. Toksah kaya-kaya kalau hidup tak bahagia

9. Si lelaki kaki travel
Berangan dari kecik nak travel dengan suami, buat memori dan kutip balik malaysia sama-sama imbas. Buat buku travel log, letak gambar tempat yg dah dijejak woowww siapa awak? 

10. Lelaki yg kasar-kasar sikit
eh macam mana tuu? hahaha well mcm jebat dgn mas dalam bukan kerana aku tak cinta tu. Pada aku lelaki mcm tu nampak lebih aumm bukan kerana badan tough tapi kerana cara pergaulan dan percakapan. Bukan sentiasa kasar bukan sentiasa lembut, main push and pull!

Cukup 10 ciri dari aku, hahh memang lelaki macam ni tak wujud dalam dunia hahaha sebab ia hanya khayalan seorang  perempuan mengingin kan ia wujud LOL

  If you want to catch your dream, you've to let go something you love 


Adios Amigos

Comments

Popular Posts