Bila rasa dalam jiwa terbang pergi
Assalamualaikum semua, tak tahu nak cerita macam mana since dugaan kerap datang tanpa diundang. Memang siapa kita untuk cerita perihal dugaan dan rintangan kerana solat dan ibadat yang kita buat belum tentu diterima tapi ada yang resah dalam jiwa perlu dirungkaikan.
sekarang aku perlu buat pilihan, entah macam mana mahu buat keputusan aku pening kosong tiada rasa. Mohon pertolongan dari yg maha Esa masih belum kujumpa jawapannya tapi aku masih sabar dan terus menunggu.
Setelah diduga entah yang keberapa kali, skrg diduga lagi entah aku masih boleh sabar atau hilang kesabaran itu terbang bagai burung, dahsyatnya hidup sebagai manusia yang tak punya apa-apa ini. Sungguh jika emak masih hidup kini, kehidupan aku tidak akan serumit ini mungkin, ya mungkin. Tiada perbalahan tiada perebutan tiada perpecahan,
Dunia ini kadang tak adil, gempur gempar tentang wujudnya bahagia yang pada aku tak semua merasa malah lebih banyak sengsara dari bahagia itu sendiri. Ada seorang teman berpesan, "tahulah engkau, orang yg paling diduga adalah orang yang paling berjaya pada masa hadapan"
Mahu aku pegang kata-kata itu tapi serasa bagai tak mampu untuk aku terima, entah aku rasa dunia ini tipu belaka. Entah bila bahagia itu tiba tidak pasti aku bakal dimana saat itu. Tak mampu aku mahu menghadap lagi 2 paper final untuk sem pertama ini kerana sudah tidak punya rasa. Mahu cepat balik dan menangis sepuasnya ditepian kubur emak,
entah.
Comments
Post a Comment