Kadang Tak Tahu Nak Letak Title Apa Bila Timbul Cerita Sedih
Haihhh....
Haihhhh...
Hmmm, Tak tau nak mulakan dengan apa sebenarnya untuk cerita ini.
Apa apa pun, Assalamualaikum dulu ya
Kadang aku rasa aku hidup ni hanya sebagai ujian buat orang-orang disekelilingku, kadang aku rasa aku ni hidup hanya untuk diuji, manusia memandang ku dengan perasaan penuh hasad dengki kerna aku punya segala, manusia disekelilingku memandangku dengan penuh rasa benci melihat kebahagiaanku,
Adakah salah diriku sendiri untuk dilahirkan begini? aku bukan cuba untuk mereka-reka cerita bersamamu disini cuma aku sudah lelah untuk terus bertahan. Tapi mana pernah manusia disekelilingku cuba untuk memahami, Allahuakbar!
Andai waktu ini emakku masih disisi ku, akanku tangisi kesedihan ini sepuasnya, Allah cuma pinjamkan aku sedikit waktu dan Allah kini kembali mengujiku semula. Allahuu! Manusia cuma tahu kebahagiaanku pabila mereka melihat aku dilimpahi duit dari rezeki yang Allah beri padaku tapi mereka tidak pernah nampak segala yang aku lalui untuk teruskan perjuangan hidupku
Sedari kecil aku diuji, sedari kecil seumur 4 tahun hanya mampu melihat semua tanpa perlukan penjelasan apa-apa dari emakku. Apakah aku cukup besar dan cukup faham tika itu melihat sekujur tubuh terbaring dihadapan mataku? Aku masih mentah untuk bertanya lebih lanjut. Yang aku faham ayahku sudah meninggal dunia, yaaa waktu itu aku kanak-kanak paling gembira kerana kehilangan ayahnya. Itu adalah aku yang menjerit sakan tanpa peduli perasaan orang lain. Ya tidak dapat aku salahkan diriku tika itu kerna aku masih tidak faham erti perasaan manusia. Kehilangan ayahku tidak dirasai diri ini kerna emakku yang gagah, emakku yang kuat, emakku yang penyayang, emakku yang bijak, emakku yang berani sentiasa berada disisi. Ayah buatku hanya seorang yang garang padaku tika itu, yang paling tidak perlu disisiku walaupun kasih ayahku padaku setinggi awan dilangit. Perkataan ayah dibibirku hanya keluar ketika dimarahi emakku, jika tidak nama itu tidakku sebut walau didalam tidurku.
Zaman kanak-kanak ku sangat berlainan dengan kanak-kanak sezamanku, mereka berpeluang bermain tanpa perlu memikirkan apa-apa yang berlaku. Tapi tidak aku, zaman kanak-kanakku dipenuhi dengan sekolah, klinik dan hospital. Tiada masa untuk bermain, aku perlu menjaga diriku yang mentah juga emakku yang tidak berdaya, emakku yang perlukan sokonganku, dan aku reda dengan apa jua yang telah berlaku dalam kehidupanku dizaman kanak-kanakku. Tiada secebis memori indah dizaman kanak-kanakku untuk dikenang. TIADA walaupun sebesar zarah. Hidupku zaman kanak-kanak diuji sekali lagi.
Pabila aku meningkat remaja, kehidupanku masih sama, tetap sama cuma kini diuji dengan perkara yang memalukan diriku sendiri, yang membuatkan aku rasa bersalah hingga kini. Dizaman kanak-kanakku, emakku telah kehilangan sebelah kakinya akibat penyakit kencing manisnya, dan disebabkan itu aku berasa malu. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu malu dengan keadaan emakku tapi itu hanya seketika cuma. Disaat rakan-rakanku bergembira menghayati, menjalani kehidupan seorang remaja dan aku pula perlu menghayati duit-duit dan semua bank terkemuka di malaysia. Nampak atau tidak perbezaan aku dan kamu semua? Kamu semua dapat menyimpan melalui zaman ini dengan penuh suka dan gembira, tapi tidak aku. kerna aku terlalu sibuk membantu emakku berniaga. Berniaga sehingga tidak timbul minatku untuk belajar, tetapi emakku tetap berkeras menyuruhku ke sekolah sehingga tamat SPM.
TAPIII
Aku masih diuji, yaaa saat aku hampir tiba untuk menduduki peperiksaan yang paling penting buat hidupkuuu. sekali lagi aku diuji, kini lagi teruk dari sebelum ini, Allah mengambil pergi emakku dan sekali dengan kehidupan gembiraku, ya Allah aku hilang arah beberapa bulan. Aku tidak lagi bersemangat untuk belajar, tapi aku gagahi demi janjiku pada emak untuk berjaya dan terus kuat. Saat emak pergi dalam dakapanku, aku lelah, aku lemau, aku cemas, aku takut aku terlalu takut untuk meneruskan hidupku dibumi Allah ini kerna aku hidup kerana Emakku, aku masih bertahan kerana Emakku dan kini aku seorang diri Allah tinggalkan aku untuk hidup dengan rasa kosong dalam dadaku. Bertapa aku rindukan emak ku, bertapa aku rindu mahu mendengar tawanya, Allahuakbar Allahuakbar! Lagi beberapa hari lagi, ramadhan tiba dan ini membuatkan aku semakin lemah, kerna kenangan aku bersama emak penuh dibulan ini. YA Allah aku pohon kuatkan aku kembali seperti sebelum ini, aku masih tidak berdaya untuk menahan air mata ini dari mengalir pabila bercerita kisah emakku.
Setelah aku pulang dari bercuti, ya bercuti untuk mencari diriku kembali, setelah hampir 10 bulan selepas ibuku pergi dari bumi ini, aku kembali diuji. Kini lebih hebat kerna aku sendiri seperti sudah penat untuk bersuara, kini mereka cuba untuk berebut apa yang emak tinggalkan. Dulu katanya emak ini semua untuk masa depanku, tapi apa yang emak kerjakan ini adik rasa tiada gunanya. Allah sahaja yang tahu bertapa celarunya hati adik ini memikirkan segalanya, apa yang perlu aku lakukan? berikan pada mereka harta dunia ini dan aku pergi merempat ditepi jalan? jika itu yang Allah cuba aturkan buatku, andai itu satu takdir buatku, Aku tidak tahu andai aku mampu laluinya sama seperti dulu tika aku diuji atau tidak. Harta hanya sekecil zarah tapi direbutnya bagai seberat gajah.
Kini aku sudah tidak tau apa yang perlu aku lakukan, aku lelah , lemas dalam duniaku sendiri
AM 04:02
24/06/14
YANG LEMAH
siti balqis
Comments
Post a Comment