TripKoreaTakPakaiTourist: Jagalchi Market, Busan Tower dan BIFF Square Day 3
Assalamualaikum uooll, apa habaq? sihat dak? ni cheq mai nak cerita pasai #TripKoreaTakPakaiTourist haritu yang belum habih lagi, hangpa nak denghaq tak ni? Kalau hangpa taknak cheq tak jadi nak cerita haih. Hahaha okay okay, harini malas nak bukak permulaan yang panjang sebab tahu bukan ramai pun yang baca (silap-silap diri sendiri je yang baca) haha opppss. So, como estas? Saja je cakap loghat kedah sikit disebabkan tersampuk dekat group wechat yang dok sibuk nak bercakap sleng kedah. Jadi, dah tak sabar nak baca perjalanan aku di bunga K-POP? okay yaa saya tahu dah tak sabar. Cerita dia begini,
Bangunlah pagi tu dalam pukul 10 pagi, siap mandi breakfast macam biasa iaitu roti dan telur goreng. Hmm plus milo panas, yelah takkan nak minum air sejuk pulak masa musim-musim sejuk macam ni kan. Kami pun keluar dari hotel, berjalan nak ke subway station ternampak ada 1 shopping complex dekat situ, hari kedua tu tak perasan pulak ada shopping complex. Jadi kami pun bergambarlah sebelum masuk kedalam bangunan tersebut. Hahahaha Abaikan muka saya, ini tak tahu muka jenis apa. Lalalalalala
Dah masuk dalam, kami pun pusing-pusing cuci mata, dan terhasillah gambar aku diatas bukti bahawasanya memang masuk dalam shopping mall yang kosong tak ada orang. Woiii waa cakap luu tak pernah wa jumpa shopping mall kosong! Kalau ada kasut roda seronok main wehh. hahaha, lagipun musim sejuk bukan ada jual baju apa pun semua winter coat je yang bersidai. Katanya kalau pergi negara sejuk jumpa wintercoat yang murah murah, hahaha indah khabar dari rupa. Harganya lebih mahal dari malaysia jadi baik beli dekat malaysia je,
Hahahaha, look at this omma and appa! pagi-pagi dah masuk shopping mall and duduk-duduk santai dekat teddy bear. Awww so sweet two of you. Gambar ini di ambil secara sembunyi, kalau diaorang tahu aku amek gambar hhahaha tak tahu nak jawap apa. Lepastu bila tengok diaorang macam ni aku pulak yang berangan lebih, konon nanti tua nak jadi macam diorang even dah tua masih berpegangan tangan dan berpimpin round satu mall. How sweet, hahaha gatal. hikhok :D
Keningku burukkkss, hahaha akibat melukis eyebrow terlebih. LOL masa ni dekat traffic light, hahaha ada makcik duk berdiri belakang aku tergelak. Yelah agaknya mesti dia fikir, budak zaman sekarang kerjanya bergambar je walaupun dekat traffic light. Hahaha, aku pulak yang malu, terus simpan fon *konon
Bila dah tak ada kerja, inilah hadiahnya tangkap gambar jalan gambar tempat parking basikal. Yelah jakun, dekat malaysia tak jumpa parking basikal yang teratur macam ni, orang sikit tak heran nak curi.
Kadang aku pelik, kenapa bila kita travel mesti kena tangkap gambar? kenapa dan kenapa? Bila cakap je pergi oversea tak kira mana ceruk, malu pun sanggup simpan dalam keruunnk slamber ambil gambar tak kira masa? Adakah benda ni dah jadi hobi bagi semua orang? Ahhh, hobi tak apa jangan habbit. LOL aku cakap orang padahal aku sendiri tak faham kenapa aku pun dah terikut dok kerja bergambar :D
Keluar je dari subways Jagalchi, kami pun lintas jalan nak jalan jalan dekat BIFF Square. Okay dekat sini boleh dikatakan tempat shopping jugak sebab banyak lot-lot kedai jual baju dan boleh dikatakan majoriti banyak kedai makan. Apakan daya, makanan yang dijual tak banyak yang halal jadi bersedia untuk tutup hidung. Hahaha, motif tutup hidung, bau sup yang kurang wangi untuk dihidu boleh buat sakit kepala. Yang pelik tu, banyak gerai-gerai kecil yang jual makanan tapi ada satu gerai ni memang penuh dan ramai orang beratur, aku sendiri tak nampak perbezaannya sebab aku tak beratur pun. hahaha *ceehh cerita macam beratur sama pulak
Jalanlah pusing lagi, nampak lotte ria. Lotte ria ni ibarat macam mcdonald malaysia. hahh lebih kurang, aku ada baca dalam satu blog ni yang cakap burger shrimp boleh makan dekat lotte ria tapi hahahahaha biasalah aku lebih rela tak makan dari rasa was was penuh didada. Jumpa starbuck perkena Hot latte dengan blackberries cheese cake, fuhhh siap dengan bekal nasi goreng yang kami bawak cukup untuk kenyang kan perut. Habis je makan, decide nak pergi Busan Tower so kami pun keluar dari starbuck ternampak gerai kecil jual casing phone. Allah geramnya tengok, cari tukang jual tak ada hmmm bukan rezekilah tu. haha ayat pasrah macam nak kena lempang LOL
Kedai ditinggal macam tu tak ada pulak orang nak mencuri tu, kalau malaysia mu faham fahamlah ya. Peace :D
The street
Hahahaha, ni konon nak ambil gambar OOTD orang lain duk sibuk shopping aku? hehe
Here we're,, Busan Tower. Atas ni sejuknya ya Allah, duduk sekejap je dapat gambar sikit-sikit lepastu terus kitaorang turun. Masa nak naik, disediakan tangga bergerak. hahaha so memang tak sakit kaki nak panjat sebab atas ni agak tinggi. Turun tu biasalah pakai tangga nak gerak guna kaki sendiri je. Turun je kami terus lintas jalan dan ke Jagalchi market nak beli barang untuk masak katanya
TEMPAT PALING BEST DEKAT BUSAN bagi aku!
Pasar ni semua ada, sotong, udang, daging, ikan fuhhh berlambaakk! wuhhoo bagi aku memang heaven gila dapat pergi tempat-tempat macam ni tapi apakan daya bila bawak manusia bajet pandai masak tapi masuk pasar tak suka jadi tak seronok pulak. Pasar yang bersih tak ada bau sikit pun, hahh beza dengan malaysia tapi apa pun Malaysia ku the bestt :D Lepas je beli sayur sikit sikit kami pun balik awal sebab nak singgah mall yang dekat dengan guesthouse kitaorg tu.
Penamat cerita untuk hari ke-3 yang bagi aku agak bosan tak tahulah korang yang membacanya (ada orang baca ke?) LOL
Good Night, Buenas Noches, Selamat Malam, Buonanotte, Bonne nuit,
Di dalam bilik peraduan,
Kakak Rugged *Chingg









Comments
Post a Comment