TripKoreaTakPakaiTourist : Dari Malaysia ke Busan Korea Day 1 and 2
DAY 1
Hai, Assalamualaikum uolll. Sihat ke tidak hari ni? Cehh cehh dah kenapa aku fer-feeling baik hati nak tanya korang sihat ke tidak ni, so apa cerita semua? Tak sabar nak baca cerita pasal #TripKoreaTakPakaiTourist ke? Alaaah bunyi macam slow je. Ni mesti kes jealous betoii dak? Alololo kesian kesian. Hahaha *Gelak jahat sambil buat muka belagak, LOL. Okay, macam yang telah adinda janjikan haritu nak cerita pasal trip backpack ke korea ni, so harini selepas seminggu buat janji harini baru dapat tunaikan and now pleaseeeee buka mata luas-luas. Lapangkan minda tu bersih bersih, *Bajet macam banyak je orang baca entry kau nokkks
Flight aku hari ahad bersamaan 19 january 2014 pada pukul 8.30 pagi, ke-konon sabtu malam tu aku excited plus tak sihat plus tak tidur disebabkan takut terlajak dan macam-macam lagi. Aku sampai LCCT pukul 6.30 pagi dengan abg shahiman call tak berhenti takut lambatlah apalah semua bagai, check in bag, beli Mcd *breakfast katanya terus check kastam segala bagai. Duduk dekat dalam tak sampai sejam, pengunguman macam dekat sekolah pun bunyi suruh budak budak sekolah beratur. Hahaha, so kami pun beratur dan terjadilah gambar diatas yang se-excitednya kami nak ke Busan Korea. Flight dari Malaysia ke Busan dalam 5 jam 40 minit, yang feeling-feeling sedih sebab tak dapat duduk tepi tingkap and and diapit oleh mamat-mamat korea, aduhhh aduhhh baunya Pakkk! Cerr imagine, badan aku yang macam teddy bear dan sit air asia X sangat tu dan diapit oleh lelaki yang boleh tahan besar jugak. Fuhhhh semput, lepas je lampu tali pinggang tu padam waaa apa lagi terus cari sit yang tidak diapit oleh mana-mana lelaki. *Ayat macam aku ni tasha shilla pulak.
Hahaha Selama 5 jam tu, earphone tak pernah lekang dari telinga aku, lagu korea kuputarkan seberapa kali yang boleh *konon nak feeling korea, hahahah tidur pun tak lena kejap kejap jaga, pandang jam dekat tangan. Dalam hati haihhh lambat lagi ke, semangat masih membara kata kauuu, *dah malas nak cerita apa yang aku makan dan macam macam atas flight tu
Akhirnya, Makkkkkk adik dah sampai Korea! Hahaha, bajet nak jerit macam tulah masa turun flight tapi hahaha hapak adalah. Keluar je amik baggage terus pergi information center. Abang yang sekali trip ni pun pergilah bersoal jawap dengan awekkss Korea yang kejap-kejap pegang cermin betulkan rambut, tanya pasal local simcard itu ini semua dia cakap 1 simcard harga KRW36000 so pandai-pandailah hang pa convert ya. So kami pun naik train, keluar je dari airport tu terus ke station subway. Naik subway terus ke haeundae dimana guest house kami berada.
Ini gambaran Busan dari dalam subway, Ahjumma ahjusshi dalam subway semua dok pandang heran kat kami yang macam jakun tak berhenti ambil gambar. Bayangkan pukul 5 dah gelap, pukul 8 malam macam pukul 12 malam okeeehhh. So jangan nak berangan nak lepak mamak sampai pagi dekat Korea.
Bila sampai je dekat Haeundae dah malam, kami keluar dari subway station tu dah tercengang, BEEESSAAARNYA JALANNN PLUS SEJUK PULAK! time tu aku dah sibuk cari sarung tangan yang tak girlish aku beli dekat universal traveller yang mencekik darah tu. Tariklah luggage masing masing untuk ke Popcorn Guesthouse yang berdepan dengan Novottel Ambassador. Mulanya kami sepatutnya ke guesthouse popcorn yang lama tetapi mungkin rezeki kami dapatlah upgrade bilik. GuestHouse yang sangat cantik view dari atas nak tengok Haeundae beach pun nampak, tapi sayang saya tak berminat nak ambil gambar view time tuu. hehe.
So ini bilik kami, ada 2 katil bertingkat 1 katil queen. Sangat selesa dan besar, So sesiapa nak cari guesthouse bila datang Busan bolehlah google nama guesthouse ni POPCORN GUESTHOUSE. Masa ni kami tengah sibuk nak bawak keluar makanan dari luggage masing-masing
Ini hasil dari Malaysia yang kami bawak, sebab dah tentu-tentu susah nak cari makanan halal. Masa ni aku dah tercengang sebab tak sangka sebanyak itu makanan yang dibawa, aku ya ya cakap makanan ni takkan habis siap boleh bawak balik malaysia balik. Mana tak aku fikir macam tu, woiii rendang daging, sambal ikan bilis kering, biskut, maggie, milo, nescafe, daan macam macam ada. Itu pun tak muat then sumbat dalam bag aku, hahahaha satu luggage je penuh makanan yang beratnya 10kg, Hambiikk kau. So malam pertama kami kepenatan dan decide taknak keluar jalan-jalan. Tapi aku keluar jugak pergi 7 eleven cari steaky rice untuk makan malam. Kegilaan kami, keluar dengan cuaca 4 darjah celcius pakai selipar weyhhh pergi 7 eleven, kaki aku masa tu tak pakai stokin dan kaki tu tak rasa macam pijak tanah pun. Sejuk dia melampau, orang Korea dah pelik pandang kitaorg. Hahaha balik je beli steaky rice, panaskan dalam oven makan dengan kari daging. Fuhhhhh time tuu macam-macam rasa ada woooo. Habis makan mandi dan tidur, tamat cerita hari pertama.
DAY 2
Pagi hari kedua, bangun dengan semangat *padahal malam tidur tak lena. Bersiap-siap nak ke Taejondae Park, breakfast roti bakar dengan telur rebus. Tekak ku terpaksa menelan walaupun payah, kegelian terserlah apabila kakak dan abang ni masak guna periuk yang ada dekat gueshouse tu. Memanglah diaorang tak masak pork pun dalam tu *Yang tu diorang buat andaian konon-konon positive thinking. Masalahnya saya ni melayu yang hidup penuh was was bila tang penggunaan bahan-bahan macam tu. Aduhai, Islam pun memang tak galakkan untuk guna periuk-periuk yang digunakan oleh orang bukan Islam. Kita kena samak dulu kuali dan segala hapak yang diaorang pernah guna, tetapi disebabkan abg tu katanya dah google pasal boleh atau tidak guna periuk-periuk tu. Katanya boleh, tapi biasalah kita ni keluar dari acuan lain-lain jadi ajarannya pun lain-lain.
Aku pernah dengar satu ceramah dalam tv yang masa tu program pemenang imam muda yang pertama siapa nama dia, tak silap Imam Muda Asyraf. Dia ada cakap pasal cawan yang pernah di isi air arak dan kemudian dibasuh lalu diisi pula air coke, hukumnya sama walaupun cawan tu dah basuh. Tapi aku rasa baik korang googlelah untuk faham pasal ni, aku nak cerita panjang kang korang cakap aku bawak ajaran sesat pulak kan, hahaha. Akhirnya roti telur itu ku masukkan ke dalam mulut bukan untuk kenyang tapi menahan dari lapar.
Time ni dekat trafic light, wowww woow dekat Malaysia jarang sekali nak ikut lampu isyarat tapi kenapa dekat korea semangat? sebab orang korea bawak kereta kalah monyet dekat zoo panjat pokok okay, so memang kena hati hati. Dari kanan abg shahiman, aku, kak wanie and kak lin :)
Morning from korea, ni masih excited okaaay,
Kami teruskan perjalanan ke haeundae subway station, dekat sini dah macam orang gila tak faham map subways. So, masa kakak-kakak dan abang pakat cari information center aku? hahaha, tengok gambar atas macam dah faham. Bila menatang GoProHero3Plus tu ada dekat tangan aku takkan berhenti amek gambar dan disebabkan itu handphoneku punya lubang charger rosak dan tak boleh nak charge fon. SOB SOB.
Naik, train dari haeundae ke Busan station. Naik je atas, tengok map lagi. dan kerja aku? LOL
Tangkap gambar jalan, gambar orang sibuk dengan peta, haih gambar kedai baskin robbin yang cute hilang dalam simpanan :(
Dari busan station, naik bas nombor 101, 80, 82 nak ke Taejondae Park. Ambil masa yang agak lama jugak nak kesana tapi yang best tu setiap bas laju gila sampai dkat station kitaorg naik. Boleh dikatakan semua manusia dekat busan ni lebih suka naik subway dengan bas lah sebab lebih murah dan laju. Yang tak best driver yang bawak bas kitaorang bukanlah seorang yang penyabar sampai jadi pelanggaran antara bas yang kitaorg naik dengan lori kecik. Yang aku nampak pemandu bas yang aku naik ni tak berapa cekap dan agak kurang ajar. Driver lori tu dah mintak maaf dan betul kan balik sight mirror yang tak pecah tak rosak tu tapi driver bas ni nak tunjuk lagak. Aduhaaai, drama sebabak berbahasa yang kami tak faham bersiaran di depan mata. Aku boring, pusing kepala pandang luar. Cantik sunggu ciptaan Allah. Habis je drama sebabak hah barulah sampai ke destinasinya.
Jalan punya jalan, nampak tangga ni. Tempat ni lebih kurang macam Pulau Nami latar belakang dengan pokok-pokok matinya cuma satu je yang tak ada. Salji! Busan tak jumpa 1 salji pun tapi suhu dia kalah tempat ada salji.
Ni namanya muka orang belum sedia nak tangkap gambar even aku sendiri yang tekan. HAHAHA
Disebabkan kakiku sudah malas berjalan jadi menjadi tabiat tidak untuk turun kebawah melihat keindahan, so aku jamu korang tangga jelah ya
Ni masih di Taejondae Park, tapi dari tempat tadi masih kena berjalan. So aku pun semangat jalan bila nampak je laut dari atas alahai aku kalah monyet nampak pisang okay! hahaha sebab view dia sangat cantik.
Ni saya turun seorang diri, yang abang tu malas nak turun katanya, kak lin dan kak wanie duduk dekat atas. Aku berbekalkan gopro ditangan tangkaplah gambar diri sendiri and you know what semua manusia dekat sini pelik memandang diri ini kerana berdiri ditepi laut memegang batang panjang sambil tersengih. hahahahahaha Allah lawak.
Ada sebuah kapal ni, macam dalam gambar. *Aku pun tak pasti itu kapal, ferry, boat ke apa okay. Ramai yang naik, kak lin ajak aku naik tapi aku takut termabuk laut pulak even aku tak pernah mabuk laut. Jadi kami hanya memandang dengan penuh syahdu.*Ini semua poyo
Bila benda tu jalan dengan dipenuhi orang, banyak pulak burung burung ikut dekat atas dan sangat-sangat cantik. How unlucky me, LOL okay stop cerita sedih. Aku syok syoklah pergi main air laut tu tiba-tiba one of ahjumma dekat situ jerit, yang aku pun pusing belakang tercari-cari ahjumma yang jerit-jerit. Hahaha ambil kau dia speaaaking Korea, pung pang pungg bagai, last sekali ada satu unnie ni translate dekat aku dalam bahasa english apa yang ahjumma tu cakap. Hahahahah that was so funny, ahjumma tu jerit katanya
"Jangan main air laut tu, jangan dekat-dekat sebab ombaknya besar dan kuat."
Hahaha lepastu, unnie(kakak) tu cakap lagi "dia kata manada orang main air masa winter winter ni, sejuk!" masa tu muka aku dah tak tahan nak gelak, Allah mesti dia fikir aku gila sebab selamber badak main air laut masa winter, hahahaha maaflah saya orang Malaysia yang memang tak boleh tengok air laut yang jernih jernih ni, geram. tak dapat mandi setakat pegang pun jadilah! Lepastu barulah kak wanie dengan kak lin turun, habis tangkap gambar konon penat duduklah dekat tangga batu tadi.
Baru je duduk dekat batu tu, datanglah ahjussi yang pakai baju chocolate tu dekat kitaorg diikuti ahjumma dan ahjussi lagi satu. Tanya kitaorg orang dari indonesia ke? LOL, muka aku ada macam Indonesia ke wehhh? Aduhh sakit hati pulak, muka comei comei gini kata indonesia, hahaha. kitaorg pun jawap yang kitaorg ni orang malaysia, wooo mulut dia terus jadi bentuk 'o' macam tak pernah dengar. Semangat nak tangkap gambar dengan orang malaysia katanya, tangkap pulak guna fon dia habis gambar jadi mcm ni. Hahaha That ahjussi wearing chocolate coat was so funny, gatal dan macam macam lagi. hahaha, bau diaorang pun macam-macam. Kak lin dah tak tahan sebab diaorang duduk rapat rapat.
Maksudnya disini, Orang korea lebih mengenali Indonesia berbanding Malaysia. Which mean siapa yang nak ke korea jangan terkejut kalau dia orang gelarkan anda Indonesia.
Disini bermulalah adengan yang tak menyenangkan antara dua orang beradik. Aku dan kak lin tersepit diantara dua, malaslah nak cerita kami buat hal masing masing. Kini cerita tidak lagi berempat, tinggal tiga je untuk destinasi yang seterusnya. Kami pun malas nak cerita panjang pergi station bas yang boleh sampai ke jagalchi market. This is the place that i love to go, hahaha jagalchi market adalah pasar basah bagi orang Busan. Macam pasar pudu, untuk orang kuala lumpur. Pasar borong untuk selangor, hahaha perantaraan aku macam apa je. So kami ni dengan beraninya, tanya orang yang jaga bas bas rapid dekat situ nak pergi jagalchi naik bas nombor berapa. Okay nombor 30 tunggu dekat sebelah station bas, kami pun tunggu sambil pandang-pandang anjing ganas seberang jalan. Hahaha anjing diikat pun aku takut, mahu kau tak takut tragedi lepas tidak dapat ku lupakan. Yang kelakar binatang lain selain anjing tak takut pulak. LOL
Kami pun sampai ke jagalchi market, maaf ya gambar didalam handphoneku. Jadi tidak dapat kutunjukkan keterujaanku semasa masuk ke kawasan pasar basah yang jual seafood fresh, ikan fresh, sayur fresh. Kami jalan-jalan sekitar kawasan ni, pusing-pusing beli sayur untuk masak makan malam, beli buah, dan beli battery handphone baru sebab masa ni handphone buat hal dan menghilangkan keterujaan nak jalan-jalan. Okay, sesiapa yang nak ke korea please take note.
- Dekat korea, barang-barang untuk fon tidak dijual di kedai-kedai handphone tepi jalan, jadi anda mesti mencari Samsung service center macam kitaorang yang jalan punya jauh just nak beli battery. Service dia sangat tip top dan pantas, barang mcm earphone, charger, battery sangat-sangat murah mungkin sebab Samsung keluaran negara sendiri. Battery fon untuk note 1 berharga KRW 23 RIBU bersamaan RM70 malaysia. Dekat malaysia mana nak cari battery original harga bawah rm100? kalau jumpa baguslah.
- JANGAN SIMPAN HARAPAN NAK BELI HANDPHONE SAMSUNG DEKAT KOREA sebab? MAHAL! lebih mahal dari Malaysia even negara dia yang keluarkan produk tu. Harga Galaxy S4 dekat malaysia tak sampai rm2000 tapi dekat korea KRW 1 juta bersamaan rm3200 Malaysia buat tahun 2014. Boleh beli kalau anda betul-betul kaya dan tak kisah pasal harga.
- Sebelum pergi korea, disarankan pergi hiking broga hill atau mana-mana bukit bukau. hahaha sebabnya stamina dan kaki yang kuat diperlukan untuk berjalan kaki di korea
Bergambar dulu sambil tunggu sbuway, masa ni jam dah pun pukul 7 malam korea. Dan ia sangat gelap macam pukul 10 malam malaysia, konon ni muka letih jalan sehari suntuk kononnya.
Sampai je dekat hostel, pakai-pakai duduk rehat sekejap lepastu semua decide nak masak bahan-bahan yang beli dekat jagalchi tadi. So, makan malam 5 stars kami di Busan. Allah masa ni Allah je yang tahu macam mana nikmatnya aku dapat makan nasi dan lauk macam malaysia walaupun sekadar telur dadar dengan sayur goreng, aku bersyukur masa ni tapi macam biasa makan bukan untuk kenyang tapi mengalas perut akibat peruik-periuk yang dipakai sewaktu memasak ini. Nampak cawan putih? hahh itu air ribena dan cawan yang ku angkut dari malaysia. Strawberry tu katanya manis tapi disebabkan aku bukanlah peminat tegar strawberry jadi aku tak makan. hahaha
Berakhir disini cerita untuk hari pertama dan kedua di Korea, masih berbaki 11 malam lagi dikorea. Misi masih diteruskan, hati masih bersemangat dan jiwaku terseksa akibat rindukan Malaysiaku yang indah. Saya bukan travelog jadi saya menulis mengikut cara saya, sekadar berkongsi cerita saya dinegara orang yang serba canggih dikenali ramai tetapi masih ada yang kurang.
“Each night, when I go to sleep, I die. And the next morning, when I wake up, I am reborn.”
― Mahatma Gandhi
― Mahatma Gandhi
Good Night, Buenas Noches, Selamat Malam, Buonanotte, Bonne nuit,
Bukan Bini Datuk K,
Kakak Rugged *Chingg










Comments
Post a Comment