Halllooooo, Assalamualaikum
Assalamualaikum, buenas noches senor y senorita. Ya como estas? HOIII, tak rindu aku ke? hampir setahun aku menghilangkan diri tak ada siapa yang rindu ke? Haha, maaflah budak ni dah banyak kehilangan kasih sayang. And now, dia datang sini nak menagih kasih sayang dari korang boleh? sikit je tak banyak. hehe, Ya mesti korang pelik mana aku pergi lepas update cerita mengarut dalam last entry kan? Ya, like everybody know SPM candidates yang tak serupa orang ulang alik hospital dan rumah dan bisnes dan segala macam dalam masa setahun yang lalu dan ia sangat-sangat membataskan segala kerja kerja yang sepatut dilakukan oleh aku tergendala. Jadi, hari ini sukacita dimaklum kan emak saya sudah pun pulang ke rahmatullah pada 14 sept 2013 dan ia menjadikan saya seseorang yang tidak berperasaan hampir 3 bulan lamanya.
Dan kini aku kembali menjadi seseorang yang lain dan tidak lagi seperti dulu.
LOL, apa pendahuluan macam tu tak gempak langsung kan. Awal-awal dah bagi cerita sedih, korang janganlah nangis nanti aku rasa nak terkentut pulak. HAHA okay okay aku stop buat lawak bodoh and start cerita pasal life baru yang tunggang terbalik ni, hishh tak menyabor betul korang ni tauu. HAIPP tak elok berperangai gelojoh macam ni, tak mau tak mau *sambil goyangkan jari telunjuk
So, Tahun baru, kehidupan baru, kawan baru, pakwe baru (Haha pakwe dalam mimpi), matlamat hidup baru, motor hidup baru. Makna kata semuanya barulah senang, haha. Apa punya lawak aku buat malam ni, tak kena dengan title pun kan. Hmm macam biasa semua kawan kawan den kerja merata tempat tapi aku tetap tanam anggur dalam rumah disebabkan tidak mendapat persetujuan abang abangku yang tidak membenarkan saya bekerja katanya. *Padahal aku pun rasa malas nak kerja, ceeehh choiiii
Duduk rumah, pegang fon picit fon layan instagram wechat dan segala mak nenek yang ada dalam handphone yang tak canggih ni sampailah ke 19 jan 2014. 19 jan jenjalan ke korea tanpa memerlukan tourist guide yang berpengalaman, ku redahi korea tanpa sebarang rasa takut dalam hati *ceehh ayat macam nak kena tampar. Aku belum ada rasa lagi nak update pasal trip korea ni kerana , okay ada kerana handphoneku yang penuh gambor dekat korea buat hal iaitu lubang chargernya rosak dan membuatkan saya bengang tahap petala langit ketujuh kerana tidak dapat bergambar di dalam istana korea yang besar dan luas macam satu Kuala Lumpur, huhhh saya dengki dengan abang and kakak semua. Haha,
Trip ke korea ni mengajar aku banyak perkara, okay jangan salah anggap. Aku pergi korea bukan sebab aku minat Yonghwa singer band CN Blue okay, aku pergi sebab nak timba pengalaman travel tanpa family which mean kakak saya yang selalu bawak jalan tu tak ikut. Saya travel dengan orang lain, so ini banyak memberi kesedaran kalau mati dalam kubur nanti macam mana.
Hahhh yang ni pelik, apa kena mengena trip korea dengan kubur pulak kan? okay macam ni. Dalam kubur kita sorang tanpa ditemani keluarga, sakit, penat, lapar semua kita tanggung sorang even (dalam kubur mana boleh makan) sama macam trip aku ke korea nilah, menahan perut yang lapar kerana kurangnya makanan halal untuk dimakan, bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat MALAYSIA yang sangat prihatin dan berbudi bahasa, berterima kasih kerana negara Malaysia mempunyai sesuatu yang tiada di negara Korea, Malaysia mempunyai segala yang tiada dinegara lain. Travelling is to remind you home! ya bila aku hidup dibumi korea yang dimegahkan oleh sesetengah peminat fanatik aku rasakan tiada yang lebih baik berbanding Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang berbudi dan pekerti, Malaysia yang mempunyai bermacam-macam makanan untuk dimakan, dan Malaysia mempunyai banyak klinik dan hospital untuk merawat. MALAYSIA HAVE EVERYTHING. Proud to be Malaysian!
Aku sayu bila dengar Kapten Air Asia X cakap, If youre Malaysian, we wish you Welcome Home. That time barulah kita sedar yang selama ni kita tak pernah pun bersyukur hidup dinegara yang macam iklan astro tu *macam macam ada. 14 hari dibumi yang serba canggih membuatkan aku lemas macam tak reti berenang dalam kolam renang, hahhh hiperbola aku melampau kan, hahahaha.next entry aku cerita apa yang best sangat korea dan kenapa perlu pergi sana okay. Sekarang kalau cerita tak syok sebab gambar yang membuktikan tempat dilawati itu tak ado, so i end my speech bla bla bla bla.
Okay dah mula rindu sekolah balik, rindu nak buat speech, rindu nak tengok muka cikgu Hisyam *opppppsss, rindu nak gossip dengan cikgu Ishayda, rindu nak melepak dengan cikgu Siti Ishah, rindu nak tengok muka pengetua yang macam Mona Fendi, hahahahahahaha! Rindu nak naik motor ramai-ramai sambil rasa riak penuh didada kerana membonceng KTMDUKE sambil berpakaian sekolah yang kain diselak sampai ke peha. LOL. Thats what we call kehidupan,
"Don't Lose Hope, You never know what tommorow will bring"
Good Night, Buenas Noches, Selamat Malam, Buonanotte, Bonne nuit,
Kakak Rugged *Chingg

Comments
Post a Comment