entry khas buat sahabat
Assalamualaikum, hoiiiiiii apahal tak jawap salam aku ni? pekak ke telinga tu? berapa tahun dah korang tak korek telinga? haha, sorrylah jangan marah aku. apaa korang membebel slow sangat ni, mana nak dengar cuba kuat sikit boleh? kau ni kan memang saja buat pekak. k maaf maaf. haha tahulah korang rindu aku, aku pun rindu korang jugak. kemana aku menghilang? hmmm susah nak cakap. haha k aku cakap aku cakap korang janganlah nak sentap sentap, hishh. tak kemana pun cik balqis ni sebenarnya. duduk dekat rumah, baca novel, layan adam dan hawa even dah baca berapa ratus kali novel tu tapi tetap layan, belajar buat cake and everyday doing research find something new dan cuba buat sampai jadi, hmm apa lagi aku buat eh? rasanya tu je kot. eh eh ada lagi satulaaaaahhhhh, hahaha main game. itu hobi baru sejak bertukar handphone dari blackberak ke galaxy note :D hikhok. *bukan nak belagak okay.
mesti korang pelikkan kenapa title tu macam pelik je, aku pun tak tahu nak luahkan macam mana, haih susah nak menaip dan merangka ayat yang sesuai. korang bagilah idea sikit untuk aku meneruskan entry ini tanpa mengeluarkan setitis air mata pun, tolonglaaaahhh. por favor mi amor :'( haha k aku gedik. hahaha. Aku straight to the pointlah senang kan?
First- Nik Nur Syazana Bt Nik Aziz
Nana, aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya but i have something to tell you. please baca ni sampai habis kay, first of all aku nak minta maaf sebab tak wish birthday kau, aku bukan lupa cuma aku confuse dengan tarikh 13 atau 14. maafkan aku sebab tak sempat nakk jadi orang pertama nak wish kau. aku tahu kau tertunggu-tunggu aku wish tapi im so sorry for dissapointed you. aku rindu kau sangat-sangat, rindu sangat tapi tak terucap. aku tahu kau busy sebab tu aku tak nak ganggu kau. maafkan aku sebab tak dapat nak tahan air mata ni dari mengalir dah lama rasanya aku tak menangis but today im crying again. aku rindu nak lepak dengan kau, aku rindu nak gossip gossip dengan kau dan aku rindu sangat nak dengar suara kau. aku tahu aku bukan lagi kawan kau no 1 tapi aku harap kau tak buang aku dari hidup kau. maafkan aku, aku dah tak ada sesiapa selain kau selepas eyra tinggalkan aku. aku dah tak ada sesiapa untuk aku cerita masalah aku, aku tak selesa nak cerita rasa sunyi aku dengan orang lain. aku tak nak orang lain terbeban dengan masalah aku. sekarang masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, i really miss our old us, our old friendship, our old promise that we did at eyra house. bila kita nak rasa macam dulu balik? sempatkah aku nak merasa semua tu? aku berdoa hari-hari agar kita dapat bersatu macam dulu, being together at anytime anywhere. but now everything change right? maybe Allah dah tarik balik semua kebahagiaan tu dari aku kan. aku harap kau bahagia naaa, tak terdetik di hati aku untuk membenci kau tapi aku rasa tersisih setelah kau berpindah ke sana dan aku tahu kawan biar beribu macam kau cakap dekat aku dulu. bukan aku je yang kau perlu kawan, takpe naa aku harap kau sentiasa happy dan murah rezeki. ampunkan segala silap aku and lastly i just wanna wish you happy belated birthday my beloved friends, i love you may Allah always protect you. Amin.
Second- Nur Shahira Bt Shamsul
Mok, aku tahu kau suka colour pink tu aku saja letak nama kau colour tu. Mok aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, ampunkan segala dosa aku. aku harap kau dapat maafkan segala dosa dan salah aku, aku tahu setiap kata-kata yang keluar dari mulut aku bak belati tajam yang menghiris hati kau tapi aku mohon kau ampunkan dosa aku ya. Aku tak kesah kalau lepas ni kau nak hina aku, kau nak pandang sinis dekat aku pun aku rela dan aku redha mungkin dengan cara ini kau akan memaafkan segala kesalahan aku. aku tahu aku ni manusia paling jahat dimuka bumi ni sebab menyebar dan membuka aib orang walaupun cerita tu betul aku tak sepatutnya memburukkan kau kan tapi maafkan aku. aku dah pun tersilap langkah. aku manusia biasa yang selalu membuat kesilapan, aku rindu jugak nak keluar dengan kau,makan dekat hameedia dengan kau, berjogging dengan kau, seriously i really miss you. kalau mak masak kari aku akan ulang ayat kau yang kau cakap dekat aku tuu.. "mok kau ni sewellah, ada pulak makan kari dengan sambal belacan". setiap kali mak masak ikan tongkol masak sambal kegemaran kau aku akan teringat kau dan aku akan cakap dekat mak.. "eyra kalau tahu mak masak ikan tongkol ni mesti dia nak datang makan kan" dan bila aku sedar semuanya telah berubah, aku lupa yang sekarang ni kita tak lagi menjadi kawan dan kau telah menjadi aku musuh no 1. maafan aku, tidak terdetik dalam hati aku nak jadikan kau musuh. aku tak pernah cakap dan tak pernah terlintas dalam hati danj fikirang aku untuk memutuskan hubungan yang ada tapi apa yang kau cakap malam tu membuatkan aku sedar. aku tak mampu nak halang kau buat keputusan untuk hidup kau.
Malam tu aku sangat sangat sedih bila tahu kau buat macam tu belakang aku dan aku tak sangka dan aku tak jangka yang kau akan buat perkara tu. bila mayang terangkan dekat aku macam mana dia terjebak dengan benda tu pun aku rasa macam nak marah dia sangat. peritnya dada aku masa tu, aku tahan sedih yang tak pernah aku rasa sebelum ni. even kau dah terlanjur buat benda tu apa salahnya kau berterus terang dengan aku, cuba jangan biarkan aku buat kesimpulan sendiri. aku tahu aku salah sebab menuduh kau secara melulu tapi aku tak pernah cakap nak putus kawan dengan kau. tapi kau, eyra eyra aku tahu malam tu kau nangis teruk bukan kau je mok. aku pun, aku belagak macam aku tak peduli tapi aku sangat-sangat peduli. maafkan aku atas kesilapan yang aku sendiri tak pernah jangka aku akan buat. Mok, listen here i love you no matter what you are, i needs you even you don't need me as your friends and lastly i really miss the old you are. thanks to Allah for giving me a chance to know you more than other knew you. Please forgive all my sins, i hope that you will meet a better person other than me. thanks and thanks for giving a great memories to me, a magnificant advice and everything.
Thirdly- Nur Mayang Sari Bt Alwi
Mayang, aku dah tak tahu nak cakap apa. aku tahu aku banyak buat salah dengan kau and nothing me to say but just forgive all my sins. aku harap kau dapat jaga eyra and bahagiakan dia sebab aku tak mampu nak buat dia tersenyum seperti sekarang. maafkan segela kesalahan aku mayang.
Lastly- Muhd Bukhari Bin Jahaya
Ayie, maaf kalau sebab qis ayie gaduh dengan qilah atau apa-apa jelah kan. Qis cuma nak cakap sorry sebab menyibuk hal ayie, harap ayie dapat maafkan qis. Lama dah kan kita tak lepak? haha takpe qis faham ayie kini bukan lagi ayie yang qis kenal dulu. *tersenyum* Jaga diri, jaga qilah jangan buat dia nangis jangan biar dia kecewa dengan perangai kau yang macam jebon tu and aku cuma nak cakap yang aku rindu nak lepak dengan kau macam dulu-dulu. haha, itu je aku nak cakap. saja guna colour merah nama kau sebab kau kan peminat tegar #MUFC.
Disebalik mata ini, hati ini, muka ini tersemat seribu satu kisah yang tak pernah orang tahu dan orang cuba untuk mengambil tahu. Tersemat satu rahsia yang tak pernah orang bertanya dan sekeping hati ini hanya mampu berdoa dari jauh dengan rasa syukur melihat kawan-kawan yang disayangi gembira disisi orang lain walaupun hati ini terluka tapi dia tetap tersenyum untuk membuat orang lain tersenyum. Ampunkan segala salah dan silapku wahai kawan, walaupun korang membenci diri ini, hati ini tetap akan mengingati korang dan melihat dari jauh kerana dia sedar dirinya tidak layak untuk bergandingan dengan kalian semua. sepuluh jari disusun untuk meminta maaf diatas kesilapan yang telah diri ini lakukan. semoga Allah S.W.T merahmati dan melindungi orang dari segala bencana. Amin ya rabbal'alamin.

Comments
Post a Comment