monyet makan pisang manusia makan gigi


Assalamualaikum, semua. sihat dak? jangan tak sihat ye. mentang-mentang esok hari rabu semua nak mengelat pergi koko lerr tuu. haha, aku pun sama ni. hikhik, actually bukan nak cerita pasal koko ke apa cuma nak cakap somethinglah....... kenapa korang lama tak blogwalking dekat blog ni? berhabuk dah tau, habis keluar kulat-kulat. korang tak sayang qysh ya? nak nanessslaaaaahhh *air mata menitis. peace, haha. mesti manusia manusia yang baca ni pelik, apahal pulak ada gambar universal studio dekat post kali ni kan? whatt? please say lauder, i cant hear youuuuu.. you are excited to hear my story? really? wahh terharu. *muka bangga, haha. kay nak ceritalah ni, korang ni kabutlah, macam aku nak lari je dari korang, nak start dahhhh kay.
Last saturday, 30/3/12 qys pi singapore. memang aku yang terlebih excited dari usop. haha, bangun pagi pukul 4, get ready then gerak KL sentral. naik KLIA express about 1 hour and aku sempat tangkap gambar usop je. heee :D
*mamat camera, haha :D
sampai icct dalam pukul 6.15 am, melepetlah flight pukul 7.40 pulak. pukul 7, boarding pass then masuk dalam got this picture to show you. haha,

Naik flight pukul je 7.40, kapal terbang jalan pukul 8.00, haha. arriving at singapore about 8.45 am, tak sampai sejam pon flight. aku duduk sorang memang melepetlah ceritanya kan, ayong dengan usup duduk belakang, abang amir dengan abang shahiman duduk depan, aku? tengah-tengah, selamat tak ada orang duduk sebelah. Lupa pulak nak cerita pergi singapore 7 orang, aku, usop, ayong, abg amir, abg shahiman, kakak abg shahiman and kawan dia. lupa pulak nak tanya nama. hehee :D
kakak abg shahiman naik flight lain, mula-mula ingat 5 orang je. lepas tu dah sampai singapore baru dapat tahu yang ada lagi 2 org. yang aku dalam hati, 'best ada geng'. haha, last sekali kakak tu dah umur 27. ingat satu kepala but macam ahli koperasi bak kata adnan. Formal sangat cara kakak tu bercakap, aku pulak yang dah tercengang tengok dia. haha, perjalanan dari airport singapore tu ke sentosa island lebih kurang 1 jam stengah. penat sebab tukar-tukar tren. menyusahkan betul cuba buat tren yang terus sampai kan senang dan cepat. ni tak, kelang kabut dengan berselisih orang nak pergi kerja lagi.


First picture depan globe,

Memang semua yang pergi universal studio akan snap picture depan ni dulu, then barulah kelang kabut beli ticket. tapi aku tak, haha. dah ambil ticket baru bergambar, hahhh kan senang lepas ambil gambar terus masuk. Masa nak masuk dalam pagar universal tu semua orang mesti excited tahap gabanlah, gerenti punya. haha, masuk je nampak tempat hollywood and got this pictures




Nak pose jugak dekat kereta tu, haha. anak buah dengan mak su sama je, haha. masa ni masih jakun lagi, haha. mata melilau kiri kanan, kagumlah kononnya. jalan punya jalan jumpa topi ni

We're cute right? haha, *muka bangga



Masa ni masuk tempat transformer, transformer baru dibina sekitar december 2012. so, siapa yang pergi before december 2012 sila lah kembali ke singapore. best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hikhik :)

Roller costar universal singapore, have blue and red colours. dua dua aku tak main, takut. haha next timelah nak try pun, bukan takut seram je, mana tahu jantung tercabut terbang balik ke malaysia ke kan. ngehngeh.
p/s: sambung esok, mata dah tak boleh bukak. tunggu, esok ada benda lebih menarikkkk (y) Assalamualaikum, choooowwww, nak bagi suspens sikit. tungguuu esookk okay ;) 

Comments

Popular Posts